Posts

Showing posts from 2010

Jom zakat emas & perak

Image
Seronok dengar ceramah daripada Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah mengenai kewajipan berzakat… Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang difardukan ke atas setiap umat Islam. Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta. Saidatina Aisyah R.A pernah bercerita, “ Rasulullahlah pernah menemui aku, lalu Baginda melihat beberapa cincin perak pada tanganku. Maka Baginda bertanya, ‘Apa ini wahai Aisyah?’ aku pun menjawab, Aku membuat dan memakainya untukmu wahai Rasulullah,’ Rasulullah bertanya, ‘Apakah engkau sudah menunaikan zakatnya?’ ‘Belum , jawabku’. Maka Baginda berkata, ‘cincin-cincin ini dapat memasukkan engkau ke dalam neraka… ” Emas dan perak adalah jenis logam yang diwajibkan zakat. Zakat emas dikira dalam 2 keadaan 1. Emas perhiasan wanita – emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan. Ia mengambil kira kadar uruf (kadar kebiasaan masyarakat setempat memakai emas). Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajib membayar zakat. Kaedah pi...

Dinos Alive

Image
Sabtu 25 Dis 2010, anak-anak bosan kat rumah... kami setuju g  tengok dinosaur, kebetulan terlihat iklan kat TV.  Tiket untuk famili agak berpatutan RM25 sahaja tapi frust juga la sebab Pusat sains tak selenggara dengan elok peralatan sains yang dipamerkan, banyak yang dah rosak :( Sekitar pameran tersebut..

Cinta Abadi

Image
Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi … Mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya CINTA… CINTA adalah sesuatu yang abstrak dan kadang-kadang kita tidak menyedari sebenarnya kita telah pun jatuh CINTA.. Terdapat banyak falsafah CINTA.. dan banyak juga persepsi manusia tentang CINTA.. ada yang mengatakan tanpa CINTA dunia akan gersang, tanpa CINTA tiada keindahan dalam hidup, tanpa CINTA hidup tanpa cita-cita... walaubagaimanapun, ada segelintir daripada kita mengatakan CINTA itu zalim, CINTA itu menyakitkan, CINTA itu buta .. dan banyak lagi persepsi tentang CINTA. Mengapa terjadi demikian???? Kerana kita enggan memahami CINTA AGUNG.. Kerana kita lalai dengan CINTA palsu.. CINTA dunia yang fana.. Kerana kita tidak pernah mengharapkan adanya CIN...

Hati

Image
pesan Imam Ghazali: “Carilah hatimu di tiga tempat… Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui , carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga , kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga , maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” Hati ini satu..maka peliharalah ia, bajailah ia dan suburkan ia senantiasa setiap detik dan ketika selagi ia hidup

Maal Hijrah 1432H

Image
Firman Allah SWT yang bermaksud:"Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui, (yaitu) orang-orang yang sabar dan Hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal.." – Surah an-Nahl, ayat 41-42 Bersyukur kami ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kami untuk terus hidup di bumiNya ini dan masih diberi kesempatan berada di tahun baru 1432 H pada hari ini. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan kita sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak. Tokoh Maal Hijrah 1432 - Dr. Zeti Akhtar Aziz (wanita yang pertama mendapat anugerah ini) - Gambar  daripada utusan online 8 Dis 2010

Petrol o... PetroL

Image
Slogan yang dibuat macam-macam... bunyinye sedap telinga dengar ... Malaysia Boleh! Pencapaian diutamakan, Rakyat didahulukan ! Semuanya benar belaka : 2 November naik 5 sen seliter..........1 Disember naik 15 sen seliter Inilah habuan rakyat untuk membantu kerajaan membina bangunan 100 tingkat,membaik pulih Sri perdana yang kosnya puluhan juta, membuat kubur VVIP yang berharga juga puluhan juta, dan mungkin boleh membiayai pilihanraya umum 13 nanti..........dan rakyat sedia membantu..........BIARLAH KAMI DAHULUKAN...........walaupun cukai underwear turun KATANYE DALAM bajet 2011. yes... MALAYSIA BOLEH !!!

AidilAdha 1431H

Image
Salam Aidil Adha ... ini adalah raya haji kali kedua yang tak balik beraya di kampung. kali yang pertama semasa di mekah almuqaramah tahun 2007.. Jom layan menu yang sempat buat untuk sarapan dan tetamu... layan .... zoommmmm... ini nasi bukhari daging Resipi ikut cara saya Nasi Bukhari Daging Bahan-bahan 5 cawan beras (basuh bersih dan toskan) 200g Daging 2 helai daun pandan ½ cawan susu cair garam Air (agak-agak sukatan untuk 5 cawan beras) 2 Sudu Besar kismis Bawang goreng BahanTumis 3 sudu besar majerin planta 6 biji bawang merah } diblend 3 ulas bawang putih } diblend 2 cm halia } diblend 1 inci kulit kayu manis 2 kuntum bunga lawang 3 biji buah pelaga 4 kuntum bunga cengkih 2 sudu besar rempah kurma daging Air rebusan daging Cara-cara 1. Daging dipotong kecil dan direbus 2. Panaskan planta ke dalam periuk. 3. Masukkan bahan-bahan tumis , goreng hingga naik bau kemudian masukkan air rebusan daging masak hingga mendidih. Tutup api. 4. Masukkan ...

Gulai Darat

Image
Sabtu lepas terlebih rajin sikit dari kebiasaan. Jadi isi rumah tu makan special sikit. Kalau nak menggulai ambil masa yang agak lama kat dapur. Sebenarnya resipi ni dari arwah bonda, kalau balik kampung pasti tak lepas peluang soh bonda masakkan gulai ni. Tapi kenapa dipanggil gulai darat? emmm... mungkin tak payah tumis kot?? Lebih sedap kalau makan gulai darat ini dengan geng-geng dia seperti ikan tenggiri goreng diperah asam limau, acar kobis + carrot, telor dadar dan nasi putih .. resipi ikut cara saya masak .... kalau agak-agak tak de selera nak makan, lauk gulai darat ni boleh buat kita berselera .... nyam... nyam... Bahan2nya: 1/2 kg daging yang ada lemak putih + tulang rusuk (tukar dengan ayam pun boleh tp kalau ada ayam kampung lagi sedap..) santan pekat halia sebesar ibu jari bawang merah besar 1 labu bawang puteh seulas kecil kunyit hidup 1 inci sehiris lengkuas (hirisan nipis sahaja) lada kering 3 - 4 tangkai 1 asam keping/gelugur 1/2 sudu besar rempah biji (ketumbar) – d...

Doa Kami

Image
Dah masuk musim kenduri kahwin rupanya sekarang ini. Semalam saya dan keluarga dapat undangan ke kenduri rakan surau perumahan kami, majlis perkahwinan anak sulung. Meriah sungguh majlis tu.. Perkahwinan merupakan satu ikatan yang sangat suci lagi halal. Setiap pasangan yang berkahwin sentiasa mengharapkan dan berdoa agar ikatan suci itu terus terjalin hingga ke hujung nyawa. Tiada siapa pun yang meminta untuk dihempas badai dikala sedang melayarkan bahtera. Alangkah bahagianya hidup ini jika punya suami atau isteri dan anak-anak yang soleh dan solehah. Alangkah nikmatnya punya keluarga bahagia lagi diredhoi Allah. Harapan... dan.... harapan.... , maka sama-samalah kita panjatkan doa agar keluarga kita semua dilindungi Allah SWT. Nikmat dan rahmat itu sentiasa milik kita semua. Jangan kita mudah alpa akan kenikmatan yang telah Allah kurniakan kepada kita selama ini. Syukur… syukur...dan syukur… ya ALLAH atas kurniaanMu kepada kami.

100 Hari Kembalinya Bonda Ke Rahmatullah

Image
Dalam kenangan... tetap dihati selamanya .. Hari ini genap 100 hari pemergian bonda. Hati ini masih menangis, separuh jiwaku pergi tapi qada dan qadar tidak dapat diubah... Lumrah alam setiap yang hidup pasti akan kembali kepadaNya ... Setiap insan pastikan merasa saat perpisahan terakhir dunia yg fana akan ditinggalkan hanya amalan yang akan dibawa terdengar sayup surah dibaca sayu alunan suara cemas didada lemah tak bermaya terbuka hijab di depan mata selamat tinggal pada semua berpisah kita selamanya .....

Pengat Durian @ Serawa Durian

Image
Ada orang panggil pengat durian (biasanya org belah pantai timur). Kalau belah utara mungkin panggil serawa durian.. Apa pun rasanya sama manis dan lemak. Senang, mudah dimasak sedap di makan nyum..nyum.. Layan resipinya cara saya masak, mungkin lain dari orang lain buat. Bahan-bahan : gula melaka (agak-agak banyak mana durian nak masak) 1 cawan air (agak-agak juga dengan banyak mana durian sebab kuah dia agak pekat) santan pekat 2 helai daun pandan Beberapa ulas durian (ikut suka nak letak banyak mana) Gula pasir (optional jika perlu, rasa kemanisan pengat dulu) Secubit tsp garam Cara : 1. Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. 2. Masukkan durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 3. Masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih tapi kacau. Jangan sampai pecah minyak 4. Rasa kemanisan pengat, dan tambah gula pasir sekiranya perlu 5. Sedap dimakan dengan roti atau pulut.

PETUA IMAM SYAFIE

Image
Pagi tadi terima emel dari rakan lama berbunyi "Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati." Oleh yang demikian saya copy dan paste saja kat sini. Empat perkara menguatkan badan 1. makan daging 2. memakai haruman 3. kerap mandi 4. berpakaian dari kapas Empat perkara melemahkan badan 1. banyak berkelamin (bersetubuh) 2. selalu cemas 3. banyak minum air ketika makan 4. banyak makan bahan yang masam Empat perkara menajamkan mata 1. duduk mengadap kiblat 2. bercelak sebelum tidur 3. memandang yang hijau 4. berpakaian bersih Empat perkara merosakkan mata 1. memandang najis 2. melihat orang dibunuh 3. melihat kemaluan 4. membelakangi kiblat Empat perkara menajamkan fikiran 1. tidak banyak berbual kosong 2. rajin bersugi (gosok gigi) 3. bercakap dengan orang soleh 4. bergaul dengan par...

Majlis Aidilfitri 1431H - Di Pejabatku

Image
Bersama bos dan rakan-rakan sektor.. Sambutan tahun ni kurang meriah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Gambar-gambar selepas sambutan majlis. Makan time ... Posing-posing ...

Key Chain

Image
Koleksi key chain. Kawan-kawan yang bagi ada juga tempat yang pernah sampai. saja buat kenangan

Perjalanan Terakhir Bonda Tercinta

Image
Pada 13 Julai 2010 ( 1 Sya’aban 1431 Hijrah) hari Selasa jam 3.10 pg .. adalah saat yang paling sedih dalam hidup aku....pada waktu itulah aku telah kehilangan orang yang paling aku sayangi... bonda ku (Allayarhamah Selamah Binti Mamat 63 tahun )...bonda ku telah pergi buat selama- lamanyer...pergi dengan tenang ... meninggalkan kami semua..pergi takkan kembali lagi, pergi menemui ILLAHI....Allah Yang Maha Esa... AL-FATIHAH buat arwah bonda tercinta.. semoga damai hendaknya di SANA …….. amin ya rabbal alamin. Pilu... separuh jiwaku pergi ... Separuh Jiwaku Pergi Memang indah semua Tapi berakhir luka ....

Doa Untuk Ketenangan Hati

Entah kenapa, masuk saja ofis hari ini hati tidak tenang, resah tapi tidak tahu kenapa?? Mungkin sudah agak lama tidak ku baca doa ini? Kalau tidak silap kali terakhir kubaca adalah semasa mengerjakan fardhu haji tahun 2007. Ya Allah, ampunilah hambaMu yang terlupa ... Justeru itu kukongsikan doa ini untuk tatapan anda pengunjung blog ini. Ubati diri dengan bantuan Tuhan. Doa ayat 286, surah al Baqarah yang bermaksud : " Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Ya Allah, tunjukkanlah jalan keluar dalam apa jua situasi melibatkan diri dan orang lain. " Amin ya rabulalamin.

Tazkirah Jumaat - Sujud

Image
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah, Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan makanan ulat Iringi dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke Pusara Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan ti...

Macaroni Goreng

Image
Bahan-bahan ( 4 -5 Orang) 250g macaroni 2 cawan daging cincang 3 sudu besar cili kisar 5 ulas bawang merah (dihiris) 2 ulas bawang putih(dihiris) 2 sudu besar sos tomato 2 sudu besar sos tiram 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar sos cili Sayur2an- sayur campur @ ape2 sayur ikut kesukaan gula dan garam secukupnya. Cara-cara Rebus macaroni dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris. Masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak. Masukkan daging cincang. Goreng sampai daging hampir masak. tambah air jika kering Masukkan macaroni yg direbus. Masukkan sos tomato, sos cili,sos tiram, kicap manis. Gaul rata. Masukkan gula dan garam. Masukkan sayuran2, goreng hingga sebati. Siap !!

Adamaya

Episod 21 Slot akasia TV3

Pasta Goreng

Image
Cepat, senang dan sedap ... Bahan-bahan ( 5 - 6 orang ) 250 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak. 1 cawan hirisan cendawan butang 1 Cawan daging cincang 1 Cawan daging ayam cincang 4 batang putik jagung, dihiris menyerong BAHAN2 DIKISAR HALUS:- 3 ulas bawang putih 1 biji bawang besar 2 biji cili merah BAHAN2 SOS, DISATUKAN:- 1 camca besar sos cili 1 camca besar sos tomato 1 1/2 camca besar sos tiram 1 camca besar kicap cair Cara-cara Panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan. Tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Tambah sedikit minyak jika kurang. Masukkan daging & ayam biar seketika, masukan putik jagung. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra. Rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki. Ang...

Lelaki dan Kucing Jantan

Image
Baru dapat emel dari rakan... menarik juga ceritanya alkisah lelaki dan kucing jantan. layannnn 1) Kucing jantan suka dibelai. ~ Ya, memang lelaki suka sangat dibelai oleh perempuan, tak kira la awek ke, isteri ke, ibu ke.... Memang mereka suka dibelai tetapi AWAS, mereka mungkin akan mencakar anda jika anda mengasarinya. Jadi berlembut la dengan lelaki. Mereka tak suka yang wanita kasar. 2) Kucing jantan kuat makan & cepat lapar ~ Kucing memang kuat makan & akan mudah menjadi cepat lapar. Jadi, paham ajelah, bukan setakat makanan sehariannya aje yang perlu dijaga, "makanan" batinnya juga perlu dicukupkan. Jadi, jagalah makan minumnya. Seorang suami suka masakan isterinya. Kepada yang bertitle Girlfriend, belajarlah masak dari sekarang. Yang bertitle isteri, masak lah untuk suami jika tidak mahu dia mencari lain. Jika tak tahu, belajarlah. Tak sia-sia kalau tambah ilmu rumahtangga ni. 3) Kucing jantan kuat tidur ~ Lelaki memang kuat tidur (tp ada juga yang jenis tak k...

Kisah Kucing

Bila kita amati perangai kucing ni ada juga persamaan dengan kita manusia. Saya suka tengok video ini. Mari kita kongsi bersama ..