Pasta Goreng


Cepat, senang dan sedap ...

Bahan-bahan ( 5 - 6 orang )
250 g pasta, rebus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
1 cawan hirisan cendawan butang
1 Cawan daging cincang
1 Cawan daging ayam cincang
4 batang putik jagung, dihiris menyerong

BAHAN2 DIKISAR HALUS:-
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji cili merah

BAHAN2 SOS, DISATUKAN:-
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
1 1/2 camca besar sos tiram
1 camca besar kicap cair

Cara-cara

  1. Panaskan kuali dgn minyak masak (kurang lebih 3 camca besar), goreng cendawan hingga kuning keemasan. Tolak ketepi dan tumis bahan2 kisar hingga wangi. Masukkan sos tadi dan kacau goreng hingga terbit minyak. Tambah sedikit minyak jika kurang.
  2. Masukkan daging & ayam biar seketika, masukan putik jagung. Kacau goreng hingga semua bergaul mesra, tambah sedikit air. Bila mendidih, masukkan pasta dan gaul hingga kesemuanya mesra.
  3. Rasa masinnya, jika kurang tambah lagi kicap cair hingga mencapai tahap kemasinan yg dikehendaki.
  4. Angkat dan hidangkan panas, boleh juga dimakan dgn cili jeruk jika suka.

Comments

Popular posts from this blog

Pengat Durian @ Serawa Durian

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Projek ubahsuai Rumah