Ada orang panggil pengat durian (biasanya org belah pantai timur). Kalau belah utara mungkin panggil serawa durian.. Apa pun rasanya sama manis dan lemak. Senang, mudah dimasak sedap di makan nyum..nyum.. Layan resipinya cara saya masak, mungkin lain dari orang lain buat. Bahan-bahan : gula melaka (agak-agak banyak mana durian nak masak) 1 cawan air (agak-agak juga dengan banyak mana durian sebab kuah dia agak pekat) santan pekat 2 helai daun pandan Beberapa ulas durian (ikut suka nak letak banyak mana) Gula pasir (optional jika perlu, rasa kemanisan pengat dulu) Secubit tsp garam Cara : 1. Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. 2. Masukkan durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 3. Masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih tapi kacau. Jangan sampai pecah minyak 4. Rasa kemanisan pengat, dan tambah gula pasir sekiranya perlu 5. Sedap dimakan dengan roti atau pulut.
Projek sebenarnya lama sudah rancangnya... Mula dapat direalisasi pada 16 April 2017 Day 1-3 : Kerja-kerja plaster dinding untuk ruang tamu Day 4 - 7 : Pasang tiles ruang tamu & pasang kornis siling Day 8-13 : Kerja-kerja robohkan pagar lama dan korek tanah untuk binaan simen tapak pagar & pasang batu bata pagar Day 14-18 : korek Tanah untuk binaan lantai porch kereta Day 19-22 : Kerja plaster dinding pagar & pasang kornis pagar Day 23 - 28 : Pasang Tiles porch kereta Day 29 - 30 : Pasang tiles untuk dinding depan rumah
27 Februari 2017 detik yang ditunggu anakanda telah tiba. Penat lelah study duduki exam dan pengorbanan masa tenaga telah terbayar. Gambar sekitar usainya majlis konvo Sebelah malamnya raikan di Tanjung Lumpur ;)
Comments
Post a Comment