Jom zakat emas & perak

Seronok dengar ceramah daripada Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah mengenai kewajipan berzakat…

Zakat merupakan salah satu rukun Islam yang difardukan ke atas setiap umat Islam. Zakat terbahagi kepada zakat fitrah dan zakat harta.

Saidatina Aisyah R.A pernah bercerita,

Rasulullahlah pernah menemui aku, lalu Baginda melihat beberapa cincin perak pada tanganku. Maka Baginda bertanya, ‘Apa ini wahai Aisyah?’ aku pun menjawab, Aku membuat dan memakainya untukmu wahai Rasulullah,’
Rasulullah bertanya, ‘Apakah engkau sudah menunaikan zakatnya?’ ‘Belum , jawabku’. Maka Baginda berkata, ‘cincin-cincin ini dapat memasukkan engkau ke dalam neraka…

Emas dan perak adalah jenis logam yang diwajibkan zakat. Zakat emas dikira dalam 2 keadaan

1. Emas perhiasan wanita – emas yang digunakan sebagai perhiasan di badan. Ia mengambil kira kadar uruf (kadar kebiasaan masyarakat setempat memakai emas). Jika kadar pemakaian itu tidak mencapai kadar uruf, maka tidak wajib membayar zakat.

Kaedah pingiraan:
(Timbangan emas – kadar uruf) X harga emas semasa X 2.5% = jumlah zakat yang perlu dibayar

Kadar uruf mengikut negeri

2. Emas yang disimpan – selain emas perhiasan wanita yang dipakai badan sama ada dalam bentuk mata wang, peralatan rumah termasuk barang perhiasan yang tidak dipakai dalam tempoh setahun

Kaedah pengiraan :
(Kadar emas yang disimpan X harga emas semasa ) X 2.5% = jumlah zakat yang perlu dibayar

Zakat Perak – samada dipakai sebagai perhiasan atau disimpan , nisab bagi perak bersamaan atau melebihi 595 gram dan kadar adalah 2.5%

Comments

Popular posts from this blog

Pengat Durian @ Serawa Durian

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Projek ubahsuai Rumah