Gulai Darat
Sabtu lepas terlebih rajin sikit dari kebiasaan. Jadi isi rumah tu makan special sikit. Kalau nak menggulai ambil masa yang agak lama kat dapur.
Sebenarnya resipi ni dari arwah bonda, kalau balik kampung pasti tak lepas peluang soh bonda masakkan gulai ni. Tapi kenapa dipanggil gulai darat? emmm... mungkin tak payah tumis kot??
Lebih sedap kalau makan gulai darat ini dengan geng-geng dia seperti ikan tenggiri goreng diperah asam limau, acar kobis + carrot, telor dadar dan nasi putih ..
resipi ikut cara saya masak .... kalau agak-agak tak de selera nak makan, lauk gulai darat ni boleh buat kita berselera .... nyam... nyam...

Bahan2nya:
1/2 kg daging yang ada lemak putih + tulang rusuk (tukar dengan ayam pun boleh tp kalau ada ayam kampung lagi sedap..)
santan pekat
halia sebesar ibu jari
bawang merah besar 1 labu
bawang puteh seulas kecil
kunyit hidup 1 inci
sehiris lengkuas (hirisan nipis sahaja)
lada kering 3 - 4 tangkai
1 asam keping/gelugur
1/2 sudu besar rempah biji (ketumbar) – ditumbuk agak-agak pecah je..
garam
gula

Cara:
- Tumbuk lada kering, lengkuas, halia, kunyit, bawang merah serta bawang puteh.
- Gaul dengan daging (perap lebih +- 10 minit).
- Masak sampai hampir kering air baru dibubuh santan pekat, asam keping serta rempah biji.
- Perasakan dengan garam dan gula.
- Masak sampai agak naik minyak dengan menggunakan api yang kecil. Sedia untuk dihidangkan... tapi kan lebih best lagi rasa kalu yang buat tengahari, makan time dinner…. Or hangatkan semula esoknya.
Comments
Post a Comment