Macaroni Goreng


Bahan-bahan ( 4 -5 Orang)
250g macaroni
2 cawan daging cincang
3 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih(dihiris)
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
Sayur2an- sayur campur @ ape2 sayur ikut kesukaan
gula dan garam secukupnya.

Cara-cara


  1. Rebus macaroni dan toskan.

  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bawang merah dan bawang putih yg dihiris. Masukkan cili kisar. Goreng sampai naik minyak.

  3. Masukkan daging cincang. Goreng sampai daging hampir masak. tambah air jika kering

  4. Masukkan macaroni yg direbus.

  5. Masukkan sos tomato, sos cili,sos tiram, kicap manis. Gaul rata.

  6. Masukkan gula dan garam.

  7. Masukkan sayuran2, goreng hingga sebati. Siap !!

Comments

Popular posts from this blog

Pengat Durian @ Serawa Durian

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Projek ubahsuai Rumah