AidilAdha 1431H
Salam Aidil Adha ... ini adalah raya haji kali kedua yang tak balik beraya di kampung. kali yang pertama semasa di mekah almuqaramah tahun 2007..
Jom layan menu yang sempat buat untuk sarapan dan tetamu...
layan ....
zoommmmm... ini nasi bukhari daging
Resipi ikut cara saya
Nasi Bukhari Daging
Bahan-bahan5 cawan beras (basuh bersih dan toskan)
200g Daging
2 helai daun pandan
½ cawan susu cair
garam
Air (agak-agak sukatan untuk 5 cawan beras)
2 Sudu Besar kismis
Bawang goreng
BahanTumis3 sudu besar majerin planta
6 biji bawang merah } diblend
3 ulas bawang putih } diblend
2 cm halia } diblend
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
2 sudu besar rempah kurma daging
Air rebusan daging
Cara-cara1. Daging dipotong kecil dan direbus
2. Panaskan planta ke dalam periuk.
3. Masukkan bahan-bahan tumis , goreng hingga naik bau kemudian masukkan air rebusan daging masak hingga mendidih. Tutup api.
4. Masukkan beras ke dalam rice cooker, masukkan bahan yang telah ditumis tadi, daging, susu cair, daun pandan, garam (secukup rasa) dan tambahkan air ikut sukatan beras kemudian masak nasi hingga masak.
5. Bila nasi masak kacau perlahan-lahan sehingga rata masukkan kismis. Tutup kembali periuk beberapa minit sebelum dihidang.Angkat dan hiaskan dengan bawang goreng.
ayam goreng berempah ..
daging masak hitam kashmir
resipi ikut cara saya juga yang main agak-agak sukatannya....
Daging Masak Hitam Kashmir
Bahan-bahan:
Bahan-bahan:
500g daging (dihiris besar dan direbus)
1 cawan air rebusan daging
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar serbuk kari daging
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 biji ubi kentang
4 sudu besar gula merah
1/2 cawan kicap pekat
1 cawan air rebusan daging
1 biji bawang besar (dipotong bulat)
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar tomato puree
2 sudu besar serbuk kari daging
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 biji ubi kentang
4 sudu besar gula merah
1/2 cawan kicap pekat
Garam secukup rasa
Air
Bahan-bahan dikisar2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Cara Penyediaan1. Daging direbus sehingga empuk. Simpan air rebusannya.
2. Panaskan minyak ,masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bahan yang dikisar, sos cili, tomato puree, serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air rebusannya serta ubi kentang.
4. Masukkan gula merah, kicap pekat dan air(jika perlu). Tambahkan garam secukup rasa dan bawang besar. Masak sehingga kuah agak pekat.
Air
Bahan-bahan dikisar2 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 cm kunyit hidup
1 cm halia
Cara Penyediaan1. Daging direbus sehingga empuk. Simpan air rebusannya.
2. Panaskan minyak ,masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, bahan yang dikisar, sos cili, tomato puree, serbuk kari dan tumis sehingga pecah minyak.
3. Masukkan daging dan air rebusannya serta ubi kentang.
4. Masukkan gula merah, kicap pekat dan air(jika perlu). Tambahkan garam secukup rasa dan bawang besar. Masak sehingga kuah agak pekat.
acar carrot dan kobis
famili yang tak sabar nak merasa baru balik sembahyang sunat AidilAdha...
hubby cepat-cepat makan nak ke surau untuk korban, tahun ni 6 ekor lembu dikorbankan disurau perumahan kami ini chef untuk hari ini. masak dari pukul 5.00pg tadi
Kerepek dan kuih tart
Sambal lada
Comments
Post a Comment