Pengat Durian @ Serawa Durian

Ada orang panggil pengat durian (biasanya org belah pantai timur). Kalau belah utara mungkin panggil serawa durian.. Apa pun rasanya sama manis dan lemak. Senang, mudah dimasak sedap di makan nyum..nyum..

Layan resipinya cara saya masak, mungkin lain dari orang lain buat.
Bahan-bahan :

gula melaka (agak-agak banyak mana durian nak masak)
1 cawan air (agak-agak juga dengan banyak mana durian sebab kuah dia agak pekat)
santan pekat
2 helai daun pandan
Beberapa ulas durian (ikut suka nak letak banyak mana)
Gula pasir (optional jika perlu, rasa kemanisan pengat dulu)
Secubit tsp garam


Cara :

1. Masak gula melaka bersama air hingga gula larut.
2. Masukkan durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih.
3. Masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih tapi kacau. Jangan sampai pecah minyak
4. Rasa kemanisan pengat, dan tambah gula pasir sekiranya perlu
5. Sedap dimakan dengan roti atau pulut.

Comments

Popular posts from this blog

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Projek ubahsuai Rumah