Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 7}
Lepas Asar (23 Disember 2007), semua jemaah KT01 diwajibkan melakukan Tawaf Widak atau tawaf selamat tinggal (bagi yang tidak uzur syarie) kerana selepas itu bas akan terus berangkat ke Jeddah. Jadi para jemaah sibuk mengemas barang-barang supaya tidak ada yang tertinggal. Barang-barang akan di angkut dengan lori, manakala Haji dan Hajjah diangkut dengan bas. Bagi memudahkan semua, bas akan berada di hadapan hotel kerana selepas melakukan tawaf widak semua tidak dibenarkan lagi naik ke hotel. Lebih kurang jam 6.00 ptg, barulah bas betol-betol bertolak. Sampai di check point pertama.... naik seorang pak arab membawa bersama satu kotak besar. Pek makanan dan air zam zam setiap orang untuk dibekalkan disepanjang perjalanan.
Gambar-gambar di Mekah di hari-hari yang terakhirAlhamdulillah... Jam 8.00 mlm sampai di Madinah Hujjah untuk menempatkan kami semua sebelum ke airport Jeddah keesokan harinya. Maka bermulalah aktiviti timbang menimbang barangan. Ada sedikit masalah tak boleh timbang lagi barang, naik ke asrama berehat (12 tgh mlm) Jam 3.00 pagi terdengarlah announcement.....turun semula untuk proses timbang barang dan check-in. Jam 8.00pagi semua Jemaah KT 01 dikehendaki turun ke bawah kerana akan bertolak ke airport Haji Jeddah.
Di Madinah Al-Hujjaj
Di Airport haji Jeddah
Segala urusan di airport berjalan lancar. Sebelum naik ke pesawat dibekalkan senaskah Al-Quran Alhamdulillah..... Naik flite......Flite berlepas....Selamat tinggal bumi berkat..... Insyaallah kami datang lagi mengunjungimu....Flite mendarat di KLIA jam 6.00 pagi waktu tempatan
Telah selamat sampai di KLIA, Malaysia
Gambar-gambar di Mekah di hari-hari yang terakhir
Di Madinah Al-Hujjaj
Di Airport haji Jeddah
Segala urusan di airport berjalan lancar. Sebelum naik ke pesawat dibekalkan senaskah Al-Quran Alhamdulillah..... Naik flite......Flite berlepas....Selamat tinggal bumi berkat..... Insyaallah kami datang lagi mengunjungimu....Flite mendarat di KLIA jam 6.00 pagi waktu tempatan
Telah selamat sampai di KLIA, Malaysia
Comments
Post a Comment