Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 3}

Perjalanan dari Madinah ke Kota Makkah mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Selepas solat Maghrib, semua Jemaah telah melakukan Ziarah Widak @ Ziarah Selamat Tinggal di Masjid Nabawi.
Jam 9.00 mlm bas sudah menanti di depan Hotel. Saya solat Isyak di Hotel sahaja manakala hubby solat berjemaah di masjid. Pergi sorang lebih mudah katanya sebab takut lewat. Sesudah siap memakai pakaian ihram serta semua beg-beg kami berkumpul di lobi hotel Al-Annuar.

Masjid (di Bir Ali) tempat berniat Ihram umrah
Setelah sampai di Bir Ali iaitu lebih kurang 12 km perjalanan dari Madinah, semua jemaah turun untuk melakukan Solat sunat dan seterusnya berniat ihram umrah. Naik ke bas semula untuk menyambungkan perjalanan dan mula lah bertalbiah... Labaikallah hu mala baik.....Labaikala syari kalaka baik.......sampai semua letih zzzzzzzz

Sampai di penginapan di Hotel Al-Janadiriah lebih kurang jam 4.00pagi.. Solat Suboh dan rehat jam 8.00 pagi tak sabar nak ke Masjidil haram buat pertama kalinya...Lebih kurang sepuluh minit jam sebelum jam 8.00 pagi semua jemaah telah berada di Lobby untuk mendengar taklimat dan seterusnya berduyung-duyung berjalan ke masjidil Haram. Jarak hotel dengan Masjidil Haram 1000 meter. Bertalbiahlah beramai-ramai sehingga sampai di Babu Salam. Setelah membaca doa masuk, maka masuklah semua jemaah menuju ke kaabah untuk Tawaf. Setelah selesai 7 pusingan, maka beralihlah pula ke tempat Sa'ei. Lalu bersa'eilah 7 kali ulang alik dari Safa ke Marwah dengan memijak batu-batu yang ada di Marwah. Sunat kata ustaz kalau kita pijak batu ni .....

Selepas itu berguntinglah beberapa helai je rambut. Maka selesailah umrah saya yang pertama.

sambung lagi part 4

Comments

Popular posts from this blog

Pengat Durian @ Serawa Durian

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Projek ubahsuai Rumah