Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 5}
Diam tak diam dah 8 Zulhijjah (16 Disember 2007) ...semua Jemaah akan berangkat ke Arafah. Bak kata orang, kemuncak haji dah tiba. Maka dari pagi lagi semua jemaah di arahkan tidak kemana-mana, semua duduk dalam hotel ... tunggu announcement.
Group by group akan di angkut dengan bas ke Arafah. Semua jemaah diarahkan supaya solat jamak taqdim bi tamam zohor dan asar. Kami siap memakai pakaian ihram haji dan berniat ihram. Bas telah sedia menunggu untuk berangkat ke Arafah. Sebelum berangkat kami bermaaf-maafan antara jemaah dan yang paling penting bermaaf-maafan dengan suami Lebih kurang jam 2.30ptg bas kami bertolak dan sampai di Arafah lebih kurang 4.30 ptg.
Gambar-gambar semasa di Arafah.
Bila tiba waktu hampir wukuf, semua jemaah bersiap sedia untuk solat Zohor dan Asar jamak tamam berjemaah, tiba-tiba sesuatu yang aneh sekali. Langit menjadi redup, pohon-pohon bergoyang perlahan, angin sepoi-sepoi bahasa, dan keadaan sunyi sepi sekali. Aneh sungguh.
Pada masa tu para Malaikat sedang turun dari langit untuk menyambut doa-doa hamba Allah untuk di bawa ke langit.
Ibadat wukuf adalah rukun, iaitu jika jemaah tertinggal maka hajinya tidak sah.
Selesai solat...memasing kyusuk memanjat doa...membaca al-Quran...berzikir...bertasbih... sampai ke maghrib.
Selepas maghrib semua jemaah akan bermabit di muzdalifah dan seterusnya ke mina..

Comments
Post a Comment