Mee Sanggul

N3 ni saje je nak masukkan hari ni (11.1.11) cantek tarikh ni... sebenarnya menu ni telah dimasak pada jumaat lepas...
Malas nak masak nasi petang tu so paling sempoi goreng mee sanggul. fisrt time masak mee sanggul ni.

Resipi sempoi mee sanggul
Bahan-bahan
Mee Sanggul
1 biji Bawang Besar
2 ulas bawang putih
2 sudu cili giling (kalau nak pedas tambah lagi)
1 subu serbuk kari daging
semangkuk daging cincang
2 biji telor
sawi
minyak masak
Kicap pekat manis
Garam
Bawang goreng

Cara-cara
  1. Celur mee sanggul hingga lembut kemudian ditoskan.
  2. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili giling
  3. Bila tumisan dah naik bau masukkan serbuk kari, tambahkan sedikit air supaya tidak hangus.
  4. Masukkan daging, masak sehingga daging empuk kemudian pecahkan telor kacau sebati.
  5. Masukkan mee sanggul, sawi, kicap manis dan garam secukup rasa dan kacau seketika.
  6. Siap!!  Sebelum dihidangkan,  ditabur sedikit bawang goreng.
Yang sedang makan ni syahmi.. kalau dia makan bertambah tu maknanya sedap la .. tu..

Comments

Popular posts from this blog

Pengat Durian @ Serawa Durian

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Projek ubahsuai Rumah