Posts

Showing posts from 2007

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 7}

Image
Lepas Asar (23 Disember 2007), semua jemaah KT01 diwajibkan melakukan Tawaf Widak atau tawaf selamat tinggal (bagi yang tidak uzur syarie) kerana selepas itu bas akan terus berangkat ke Jeddah. Jadi para jemaah sibuk mengemas barang-barang supaya tidak ada yang tertinggal. Barang-barang akan di angkut dengan lori, manakala Haji dan Hajjah diangkut dengan bas. Bagi memudahkan semua, bas akan berada di hadapan hotel kerana selepas melakukan tawaf widak semua tidak dibenarkan lagi naik ke hotel. Lebih kurang jam 6.00 ptg, barulah bas betol-betol bertolak. Sampai di check point pertama.... naik seorang pak arab membawa bersama satu kotak besar. Pek makanan dan air zam zam setiap orang untuk dibekalkan disepanjang perjalanan. Gambar-gambar di Mekah di hari-hari yang terakhir Alhamdulillah... Jam 8.00 mlm sampai di Madinah Hujjah untuk menempatkan kami semua sebelum ke airport Jeddah keesokan harinya. Maka bermulalah aktiviti timbang menimbang barangan. Ada sedikit masalah tak boleh timban...

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Image
Sampai di Mudzlifah.....kena kutip 7 biji anak batu untuk di lontar di Jamrah Kubro untuk membolehkan bertahlul awal. 63 biji lagi untuk melontar 3 Jamrah (Sughra, Wusta dan Aqabah) di hari tasriq (11,12,13 Zulhijah). Setiap jamrah sebanyak 7 biji. Di Muzdalifah Lepas berada satu pertiga malam di Bumi Mudzlifah..... maka jemaah berangkat ke Mina Di Jamrah Aqabah (Big Jamrat) Khemah Di Mina Di hadapan Terowong Muassim Jemaah Sedang berehat di khemah Mina Bermalam 3 malam di Mina. Selepas melontar hari ke 13 Zulhijah kami akan berangkat ke Mekah dan seterusnya tawaf Haji kemudian saei (7kali ulang alik dari Safa ke marwah) dan bertahalul sempurnalah sudah rukun islam yang ke-5, semoga mendapat haji yang MABRUR....

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 5}

Image
Diam tak diam dah 8 Zulhijjah (16 Disember 2007) ...semua Jemaah akan berangkat ke Arafah. Bak kata orang, kemuncak haji dah tiba. Maka dari pagi lagi semua jemaah di arahkan tidak kemana-mana, semua duduk dalam hotel ... tunggu announcement. Group by group akan di angkut dengan bas ke Arafah. Semua jemaah diarahkan supaya solat jamak taqdim bi tamam zohor dan asar. Kami siap memakai pakaian ihram haji dan berniat ihram. Bas telah sedia menunggu untuk berangkat ke Arafah. Sebelum berangkat kami bermaaf-maafan antara jemaah dan yang paling penting bermaaf-maafan dengan suami Lebih kurang jam 2.30ptg bas kami bertolak dan sampai di Arafah lebih kurang 4.30 ptg. Gambar-gambar semasa di Arafah. Bila tiba waktu hampir wukuf, semua jemaah bersiap sedia untuk solat Zohor dan Asar jamak tamam berjemaah, tiba-tiba sesuatu yang aneh sekali. Langit menjadi redup, pohon-pohon bergoyang perlahan, angin sepoi-sepoi bahasa, dan keadaan sunyi sepi sekali. Aneh sungguh. Pada masa tu para Malaik...

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 4}

Image
Kota Mekah ni adalah tempat beramal ibadat. Kalau boleh nak buat umrah sebanyak yang mampu tapi dapat 7 kali umrah alhamdulillah... Bagi peluang pada jemaah lain pula.. Disamping itu tak lepaskan beluang juga berziarah di Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah, masjid di tanaem bermiqat ihram umrah.. Tapi tak sah kalau Jemaah tak bershoping di Mekah sebab masa di Mekah agak lama lebih 30 hari. Tengok saje di jalan raya dan di kedai-kedai tuh, penuh sesak dengan jemaah. Barangan kebanyakannya dari China (PRC), India dan kawasan sekitarnya. Sangat murah dan cantik-cantik belaka. Ade la shoping untuk sendiri, anak-anak dan cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara mara je. Jom kita layan gambar ni... Satu hari satu dua barang beli maklum la jarak dari masjid ke hotel 1000 meter sepanjang jalan tu deretan kedai .... penuh juga la 3 beg bagasi

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 3}

Image
Perjalanan dari Madinah ke Kota Makkah mengambil masa lebih kurang tujuh jam. Selepas solat Maghrib, semua Jemaah telah melakukan Ziarah Widak @ Ziarah Selamat Tinggal di Masjid Nabawi. Jam 9.00 mlm bas sudah menanti di depan Hotel. Saya solat Isyak di Hotel sahaja manakala hubby solat berjemaah di masjid. Pergi sorang lebih mudah katanya sebab takut lewat. Sesudah siap memakai pakaian ihram serta semua beg-beg kami berkumpul di lobi hotel Al-Annuar. Masjid (di Bir Ali) tempat berniat Ihram umrah Setelah sampai di Bir Ali iaitu lebih kurang 12 km perjalanan dari Madinah, semua jemaah turun untuk melakukan Solat sunat dan seterusnya berniat ihram umrah. Naik ke bas semula untuk menyambungkan perjalanan dan mula lah bertalbiah... Labaikallah hu mala baik.....Labaikala syari kalaka baik . ......sampai semua letih zzzzzzzz Sampai di penginapan di Hotel Al-Janadiriah lebih kurang jam 4.00pagi.. Solat Suboh dan rehat jam 8.00 pagi tak sabar nak ke Masjidil haram buat pertama kalinya... ...

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 2}

Image
Green Dome - Makam Nabi Muhamad SAW dan 2 sahabat (Saidina Abu Bakar as-siddiq dan Saidina Omar al-Khattob) berada di bawahnya Seawal jam 3.00 pagi lagi dah berduyun-duyun menuju ke Masjid Nabawi. Itulah rutin harian semua jemaah untuk mencukupkan 40 waktu solat berjemaah sebelum berangkat ke tanah Suci Mekah. Pada hari kedua di Madinah kami telah dibawa oleh mutawif berziarah ke perkuburan baqik di mana telah bersemadi isteri Rasulullah iaitu saiditina Aisyah R.A . Kami juga telah dibawa berziarah di sekitar bandar Al Munawarah ini Program ziarah .... Pasar kurma Masjid Qiblatain Masjid Quba' Perkuburan Uhud Tup....tup dah 8 hari. Rasa macam sekejap je...Esok 20 November, 2007 saya dan semua jemaah (KT01) akan berangkat ke Tanah Suci untuk memulakan umrah wajib yang pertama. Bersambung part 3..

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 1}

Image
Dulu arwah ayah pergi haji (1969) naik kapal... 3 Bulan ambil masa untuk menunaikan haji.. Sekarang ini cepat hanya 9 jam tempoh pelayaran... Dah masuk musim haji dah sekarang ni.. Teringat sewaktu saya dan hubby pergi mengerjakan haji pertama (2007). Semalam buka TV1 jam 6.30 ptg program seruan haji. Perasaan bercampur suka duka .. lirik panggilan haji .. Panggilan Haji telah tiba lagi, Menunaikan ibadah panggilan Baitullah, Tanah suci Makkah, Ya Makkah Al-Mukarramah. Malam subuh dan senja.. pergi ke Baitullah Sembahyang berjamaah, tawaf, saei dan umrah.. Terdengar suara.. panggilan bergema.. Tiba masanya kini.. Wukuf Haji Arafah, Terdengar sayup sampai.. tasbih, tahmid dan takbir.. Putih, bersih, berseri.. bakti pada Ilahi, Terbayang lah di sini.. tempat berhimpun nanti.. Tempat berhimpun nanti.. Dari Padang Arafah lalu ke Muzdaliffah, Bermalam di Mina melontar tiga Jumrah, Syarat rukun haji sempurnalah sudah, Semogalah ibadah haji mabrurrah... Masjid ...