Ada orang panggil pengat durian (biasanya org belah pantai timur). Kalau belah utara mungkin panggil serawa durian.. Apa pun rasanya sama manis dan lemak. Senang, mudah dimasak sedap di makan nyum..nyum.. Layan resipinya cara saya masak, mungkin lain dari orang lain buat. Bahan-bahan : gula melaka (agak-agak banyak mana durian nak masak) 1 cawan air (agak-agak juga dengan banyak mana durian sebab kuah dia agak pekat) santan pekat 2 helai daun pandan Beberapa ulas durian (ikut suka nak letak banyak mana) Gula pasir (optional jika perlu, rasa kemanisan pengat dulu) Secubit tsp garam Cara : 1. Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. 2. Masukkan durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 3. Masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih tapi kacau. Jangan sampai pecah minyak 4. Rasa kemanisan pengat, dan tambah gula pasir sekiranya perlu 5. Sedap dimakan dengan roti atau pulut.
Dulu arwah ayah pergi haji (1969) naik kapal... 3 Bulan ambil masa untuk menunaikan haji.. Sekarang ini cepat hanya 9 jam tempoh pelayaran... Dah masuk musim haji dah sekarang ni.. Teringat sewaktu saya dan hubby pergi mengerjakan haji pertama (2007). Semalam buka TV1 jam 6.30 ptg program seruan haji. Perasaan bercampur suka duka .. lirik panggilan haji .. Panggilan Haji telah tiba lagi, Menunaikan ibadah panggilan Baitullah, Tanah suci Makkah, Ya Makkah Al-Mukarramah. Malam subuh dan senja.. pergi ke Baitullah Sembahyang berjamaah, tawaf, saei dan umrah.. Terdengar suara.. panggilan bergema.. Tiba masanya kini.. Wukuf Haji Arafah, Terdengar sayup sampai.. tasbih, tahmid dan takbir.. Putih, bersih, berseri.. bakti pada Ilahi, Terbayang lah di sini.. tempat berhimpun nanti.. Tempat berhimpun nanti.. Dari Padang Arafah lalu ke Muzdaliffah, Bermalam di Mina melontar tiga Jumrah, Syarat rukun haji sempurnalah sudah, Semogalah ibadah haji mabrurrah... Masjid ...
Sampai di Mudzlifah.....kena kutip 7 biji anak batu untuk di lontar di Jamrah Kubro untuk membolehkan bertahlul awal. 63 biji lagi untuk melontar 3 Jamrah (Sughra, Wusta dan Aqabah) di hari tasriq (11,12,13 Zulhijah). Setiap jamrah sebanyak 7 biji. Di Muzdalifah Lepas berada satu pertiga malam di Bumi Mudzlifah..... maka jemaah berangkat ke Mina Di Jamrah Aqabah (Big Jamrat) Khemah Di Mina Di hadapan Terowong Muassim Jemaah Sedang berehat di khemah Mina Bermalam 3 malam di Mina. Selepas melontar hari ke 13 Zulhijah kami akan berangkat ke Mekah dan seterusnya tawaf Haji kemudian saei (7kali ulang alik dari Safa ke marwah) dan bertahalul sempurnalah sudah rukun islam yang ke-5, semoga mendapat haji yang MABRUR....
Comments
Post a Comment