Sakit Mata

Sudah hampir 2 minggu derita sakit mata. Begitu menginsafkan sekali , Allah baru tarik sedikit sahaja nikmat penglihatan sudah rasa begitu menderita.... Sememangnya hambamu ini tidak tahan menerima ujianMu ya Allah ...
Sedikit info berkenaan sakit mata, itu pun setelah berjumpa dengan doktor klinik kerajaan yang berhampiran sempatlah menanyakan tentang punca dan gejala penyakit ini.


Apa itu sakit mata?
Penyakit mata merah, yang sering juga disebut dengan konjunktivitis (betul la kot ejaan ini sebab dengar je doktor tu sebut), merupakan tanda merah dan radang membran jernih yang menutupi bahagian putih mata dan membran pada bahagian dalam kelopak mata. Pink eye sering kali disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Tidak hanya itu, pink eye juga boleh disebabkan oleh alergi, bahan-bahan beracun, serta penyakit tertentu lainnya.


Gambar kat bawah tu copy dari makcik google ...
Apakah pink eye boleh merebak?
Pink eye yang disebabkan oleh virus atau bakteria sangat mudah berjangkit. Ia boleh menyebar dengan cepat melalui tangan yang dicuci kurang bersih atau melalui benda yang telah digunakan oleh seseorang yang mengalami mata merah. Penyakit ini juga boleh menyebar melalui batuk atau bersin.
Akan tetapi, Pink eye disebabkan alergi (disebabkan oleh serbuk pati dari bunga bermusim, kosmetik, dan minyak wangi) dan pink eye yang disebabkan bahan kimia (cairan beracun – racun serangga, cat) tidak merebak.


Tanda-tanda (Sakit mata)


1. Mata merah
Mata merah atau hyperemia (Kehadiran darah yang berlebihan di sesuatu bahagian tubuh), merupakan gejala umum pink eye. Pink eye biasanya tidak serius dan tidak akan menyebabkan kerosakan mata dalam jangka waktu yang lama jika cepat dikesan dan cepat ditangani.


2. kelopak mata membengkak dan memerah
Gejala pink eye yang disebabkan oleh virus biasanya mempengaruhi kedua mata. Pink eye yang disebabkan oleh virus biasanya terjadi pada satu mata dan merebak ke mata sebelahnya dalam beberapa hari kemudian. Pembengkakan pada kelopak mata paling sering diakibatkan oleh bakteria dan alergi.


3. banyak air mata
Pink eye yang disebabkan virus dan alergi menyebabkan produksi air mata lebih banyak daripada kebiasaannya.


4. kelopak mata berkerak
Jika terbangun dan susah membuka mata disebabkan oleh kerak yang terjadi sewaktu tidur disebabkan oleh bakteria.


5. sensitif terhadap cahaya
Pink eye menyebabkan mata menjadi sensitif terhadap cahaya (photophobia). Sekiranya mengalami gejala akut seperti perubahan daya penglihatan, sensitif terhadap cahaya, atau rasa sakit yang parah mungkin sudah mengalami jangkitan di luar Conjunctiva.


6. ada sesuatu dimata
Merasakan ada sesuatu yang mengganggu di mata seolah-olah ada sesuatu yang mengganjal di mata. Iritasi atau perasaan ada pasir di mata.


Cara mengatasi pink eye
Pink eye yang disebabkan oleh bakteria ditangani dengan menitiskan antibiotik atau pil untuk mengatasi jangkitan. Walau bagaimanapun pink eye yang disebabkan oleh virus tidak boleh ditangani, hanya membiarkan virus berlalu, dan biasanya memerlukan waktu 4-7 hari untuk penyembuhan.




Mencegah penyebarannya
Jika Anda mengalami jangkitan pink eye,
1. Hindari menyentuh bahagian mata, dan sering kali mencuci tangan, khususnya setelah mengubati kawasan yang sakit.
2. Jangan berkonsi sapu tangan, dan buanglah tisu yang telah digunakan di tempat bertutup.
3. Bersihkan setiap permukaan termasuk tempat mandi atau pegangan pintu.
4. Jauhkan dan jangan menggunakan makeup dan kosmetik yang mengandungi bahan kimia semasa mengalami gelaja.

Comments

Popular posts from this blog

Pengat Durian @ Serawa Durian

Perjalanan Haji Pertama -2007 {part 6}

Projek ubahsuai Rumah