Tepung Pelita Ekspress
Hari ni terasa nak makan tepung pelita la pulak... teringat masa dulu-dulu di bulan ramadhan, kuih ni arwah bonda buat untuk jualan... Resipi ni dari arwah bonda, cuma jadi ekspress bila tak guna daun pisang sebagai acuan ....
Cara nak buatnya senang sangat ambil masa lebih kurang 30 minit je nak sediakan
Step 1:
Isi gula lebih kurang 1/2 sudu ke dalam bekas kecil-kecil
Step 2
Buat lapisan hijau
Bahan-bahan :
1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
5 helai daun pandan
sedikit pewarna hijau (star brand hijau epal)
secubit kapur sireh
cara -cara
1. blend daun pandan dengan 5 cawan air, tapis ambil airnya
2. Adunkan air daun pandan, tepung beras, gula, kapur, pewarna hijau, kacau sebati
3. Masak di atas api sederhana, kacau tanpa henti sehingga pekat dan berkilat
4. Tuang ke dalam bekas yang berisi gula tadi
Step 3
Buat lapisan putih
Bahan-bahan:
5 cawan santan daripada sebiji kelapa
7 sudu besar tepung beras
1 sudu teh garam (secukup rasa)
cara-cara
1. Adunkan semua bahan
2. Masak atas api sederhana sambil kacau tanpa henti sehingga pekat
3. Tuang ke dalam bekas di atas lapisan hijau tadi
Dah siap ... tunggu sejuk, dah boleh dimakan ... kuih kesukaan seisi keluarga.

Comments
Post a Comment