Posts

Showing posts from January, 2011

Happy Birthday to Me....

Image
Pejam celik, pejam celik hari ni dah 25 Jan 2011.... yee.. yea... happy birthday to me... Alhamdulillah masih di beri peluang untuk bernafas dibumi Allah s.w.t Thanks to my beloved hubby atas doa, kasih sayang dan segalanya.. I love U  Hadiah daripada beloved hubby .. emmm wangi Ini pemberian dari anak-anak tersayang ... bukan harga tapi sentimental value... TQ anak-anakku Thank you to yap, nida, mizi, miza, helmi & rosdi yang meraikan saya. Thanks to u all... Gambar semasa lunch tadi...  Kek secret recipe daripada miza .. sedapnye..  Kad daripada Heah ... Thanks to U all Ini pulak jamuan yang dianjurkan ahli sektor RR pada 28/1/11 Bersama Pn. Raudah (Ketua Sektor RR)  Terjemahan Al-Quran dari rakan-rakan RR Thanks a lot to my friends...

Happy Birthday Syahmi

Image
17.01.2000 dia dilahirkan... sudah sebelas tahun berlalu .. hari ini sudah berusia 11 tahun.  Buat my son (Nik Syahmi Adli) semoga panjang umur, rezeki yang banyak, diberi keberkatan dalam hidup, jadi anak soleh dan taat kepada perintah Allah dan ibu bapa... amin. Apa ada di dalam? Birthday Boy

Pindang Tapai

Image
Lama dah tak makan pindang tapai ni... Semalam masa g breakfast ternampak tapai ubi kayu, suruh hubby beli... so bole masak pindang tapai.... emmmm yummy... yummy... Resipi sempoi tapi sedap Bahan-bahan Tapai ubi kayu santan 1/4 cawan air gula 3-4 kuntum bunga cengkih secubit garam daun pandan Cara-cara Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk, masak dengan api perlahan sehingga mendidih, biar kuah agak pekat. siap untuk dihidang sebagai desert atau minum petang

Setelah 15 tahun

Image
Sabtu lepas ziarah abang yang telah lama tak jumpa lebih kurang l5 tahun, Waktu dulu mungkin masing-masing sibuk dengan hal masing2... kerja.. kerja dan bila weekend letih dan lepak saje... Tapi sekarang my brother and my SIL dah pencen so kata dia orang dah masuk RTM... RTM ??? ooo.. Rehat, Tidur dan Makan Gambar-gambar kenangan My Brother  My SIL dan me

Petua 8P kebahagiaan rumahtangga

Image
Petua ini saya salin daripada siri ceramah kebahagiaan rumahtangga yang disampaikan oleh Ustazah Datuk Siti Nor Bahyah PUJI iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan. PELUK yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang. PENGHARGAAN di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang. PERHATIAN yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan, PERSEFAHAMAN setiap pasangan mesti ada persefahaman dan memahami kerjaya pasangan masing-masing PERGAULAN iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga. PERCUTIAN di mana kita per...

Laksa Kelate

Image
Lama dah tak balik kelate... laksa kelate ini kalu kat kelate sentiasa ada tak kira dari pagi ke malam senang je nak cari makan... Resipi sempoi - ini ikut apa yang arwah bonda saya letak bahan-bahan dia ... Kuah laksa kelate Bahan-bahan 5-6 ekor ikan selayang (ada orang kate ikan sardin) Santan 8-9 ulas bawang merah 1 inci halia 2 keping asam gelugur 1/2 sudu kecil lada hitam Air Garam Cara-cara Asingkan isi  ikan dan blend hingga hancur dengan sedikit air Blend bawang merah, halia dan lada hitam Jerang semua bahan-bahan yang telah diblend bersama-sama santan dan air agak-agak kadar kepekatan kuah. Bila kuah mendidih, masukkan asam keping dan garam secukup rasa, biar seketika tutup api. siap untuk dihidang bersama laksa beras, ulam -ulaman & sambal lada. Ulam-ulaman kacang panjang daun kesum timun batang bunga kantan (Tak letak pun tak pe tp kalu letak lagi sedap) taugeh (kalau sapa suka ulam ni)

Mee Sanggul

Image
N3 ni saje je nak masukkan hari ni (11.1.11) cantek tarikh ni... sebenarnya menu ni telah dimasak pada jumaat lepas... Malas nak masak nasi petang tu so paling sempoi goreng mee sanggul. fisrt time masak mee sanggul ni. Resipi sempoi mee sanggul Bahan-bahan Mee Sanggul 1 biji Bawang Besar 2 ulas bawang putih 2 sudu cili giling (kalau nak pedas tambah lagi) 1 subu serbuk kari daging semangkuk daging cincang 2 biji telor sawi minyak masak Kicap pekat manis Garam Bawang goreng Cara-cara Celur mee sanggul hingga lembut kemudian ditoskan. Panaskan minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan cili giling Bila tumisan dah naik bau masukkan serbuk kari, tambahkan sedikit air supaya tidak hangus. Masukkan daging, masak sehingga daging empuk kemudian pecahkan telor kacau sebati. Masukkan mee sanggul, sawi, kicap manis dan garam secukup rasa dan kacau seketika. Siap!!  Sebelum dihidangkan,  ditabur sedikit bawang goreng. Yang sedang makan ni syahmi.. kala...