Posts

Showing posts from 2011

Tahniah My Dear

Image
Tahniah! Tahniah! Tahniah buat anak sulung saya kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam PMR. Segala usaha dan keringat yang dicurahkan selama ini terasa amat berbaloi. Semoga dengan keputusan ini memberi motivasi kepada adiknya di dalam peperiksaan UPSR tahun hadapan. Pesanan mama buat Mira, teruskan usaha dan masih banyak lagi cabaran yang harus ditempuhi dimasa akan datang.. doa mama sentiasa mengiringi kalian berdua... I'm proud of u my dear

Hobi baru

Image
1. Beli buku menyulam riben 2. Beli riben pelbagai warna, jarum size 14 & 11 3. beli tapak untuk menyulam - kat kedai lupa apa dia sebut nama benda ni 4. draf lukisan bunga di atas kain. hasil pertama taraaaaaaaa... Projek seterusnya jahit buat sarung bantal.. tunggu next.. tengah semangat menyulam ni

Juadah Raya Qurban 2011

Image
Salam dan selamat hari raya Haji kepada semu muslimin & muslimat. Juadah yang sempat saya prepare untuk raya qurban tahun ni ..

Dulu & Sekarang

Image
Saja nak post ... lama dah tak dikemaskini. Ada beza ke dulu dan sekarang

Anugerah cemerlang BSN@sheratonKL

Image
16 September majlis anugerah cemerlang BSN@sheraton hotel KL.

Syaaban.... 1001 kenangan

Diri ini Sepi tanpa bonda Di mana akan kucari Aku menangis seorang diri Hati ku Selalu ingin bersama mu Untuk mu Aku coretkan Untuk bonda tercinta Aku ingin bersua Walau air mata Di pipi ku Bonda Dengarkan ku Dengar bisikan hati naluriku Aku ingin berjumpa Walau hanya dalam mimpi Aku rindu padamu ... BONDA

Sakit Mata

Image
Sudah hampir 2 minggu derita sakit mata. Begitu menginsafkan sekali , Allah baru tarik sedikit sahaja nikmat penglihatan sudah rasa begitu menderita.... Sememangnya hambamu ini tidak tahan menerima ujianMu ya Allah ... Sedikit info berkenaan sakit mata, itu pun setelah berjumpa dengan doktor klinik kerajaan yang berhampiran sempatlah menanyakan tentang punca dan gejala penyakit ini. Apa itu sakit mata? Penyakit mata merah, yang sering juga disebut dengan konjunktivitis (betul la kot ejaan ini sebab dengar je doktor tu sebut), merupakan tanda merah dan radang membran jernih yang menutupi bahagian putih mata dan membran pada bahagian dalam kelopak mata. Pink eye sering kali disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Tidak hanya itu, pink eye juga boleh disebabkan oleh alergi, bahan-bahan beracun, serta penyakit tertentu lainnya. Gambar kat bawah tu copy dari makcik google ... Apakah pink eye boleh merebak? Pink eye yang disebabkan oleh virus atau bakteria sangat mudah berj...

16

Image
hari ini genap 16 tahun usia pernikahan saya dan hubby. 25.05.1995 jam 10.00pg selamat dinikahkan di masjid bunut payung, kota bharu... Selama 16 tahun mengharungi saat suka, sedih, susah, senang bersama ... kenangan terindah... 16 tahun yang lalu 1995  Semasa 2007 Untuk hadiah sempena ulangtahun perkahwinan dari hubby... thank u my dear.... I luv U. Semoga bahtera perkahwinan ini sentiasa dibajai kasih sayang, rahmat dan keredhaan Allah swt.

Selamat Hari Ibu

Image
Kepada yang bergelar ibu, mama, ummi, mummy, mak, bonda diucapkan selamat hari ibu, semoga segala yang dicurahkan untuk anak-anak menjadi ibadah kepada amanah yang Allah anugerahkan. Pada tahun ini adalah kali pertama tidak dapat mengucapkan selamat hari ibu kepada bonda yang telah hampir setahun pergi menghadap Ilahi semoga damailah di sana... Bonda tetap segar di hati anakanda... Bait lirik lagu exsis yang cukup meruntun hati ini ... Oh! Ibu Kau disiram bayu pagi Kehilangan terasa kini Dan kesepian Dan aku Bagai purnama gerhana Di ibarat lautan kering Tiada tempat ku layarkan Hasratku ini Masih belum sempat Kubuktikannya kepadamu Ibu tersayang Kucurahkan rasa hati Ku tatapi potret mu berulang kali Kurenungkan kalimah yang diberi Tuhan Yang Esa Ampuni dosa ibu Tempatkan mereka Di antara kekasih kekasihMu Oh! Ibu Kau kasih sejati Kutaburkan doa Untukmu ibu Ampunilah dosaku Sejak ku dilahirkan Hingga akhir hayatmu Saat ini Kuteruskan hid...

Beetle

Image
Beetle dulu dan kini... Kenapa tiba-tiba je tulis pasal beetle? sebenarnya kete ni menyimpan banyak kenangan Suatu Ketika dulu .. Kini ... Beetle baru abad ke-21 kini lebih panjang, lebih lebar dan lebih rendah, menjadikannya lebih maskulin dan dinamik. Bila agaknya dapat memiliki....

Tepung Pelita Ekspress

Image
Hari ni terasa nak makan tepung pelita la pulak... teringat masa dulu-dulu di bulan ramadhan, kuih ni arwah bonda buat untuk jualan... Resipi ni dari arwah bonda, cuma jadi ekspress bila tak guna daun pisang sebagai acuan .... Cara nak buatnya senang sangat ambil masa lebih kurang 30 minit je nak sediakan Step 1: Isi gula lebih kurang 1/2 sudu ke dalam bekas kecil-kecil Step 2 Buat lapisan hijau Bahan-bahan : 1 cawan tepung beras 1 cawan gula 5 cawan air 5 helai daun pandan sedikit pewarna hijau (star brand hijau epal) secubit kapur sireh cara -cara 1. blend daun pandan dengan 5 cawan air, tapis ambil airnya 2. Adunkan  air daun pandan, tepung beras, gula, kapur, pewarna hijau, kacau sebati 3. Masak di atas api sederhana, kacau tanpa henti sehingga pekat dan berkilat 4. Tuang ke dalam bekas yang berisi gula tadi Step 3 Buat lapisan putih Bahan-bahan: 5 cawan santan daripada sebiji kelapa 7 sudu besar tepung beras 1 sudu teh garam (secuk...

Ikan Pekasam

Image
Isnin lepas kawan ofis bagi ikan pekasam, ikan puyu dan ikan sepat ... tak pernah makan ikan ni tapi dah orang bagi patut cuba ni... Petang tu balik dari ofis terus goreng ikan pekasam dengan bawang dan lada.... bagi yang tengah diet,  AWAS ... BAHAYA ! ... sebab tak ingat dah .... Makan dengan nasi putih geng dengan kari ikan bawal (yang ni lebih semalam, sengaja simpan bekukan dan panas semula ... emmm best) dan ulam raja dari kebun sendiri fresh gitu.... Masakan ringkas dan cepat tapi makan tak ingat dunia ...yum..yum.. yummy

Happy Birthday Mira

Image
Salam Maulidur Rasul .. 15 Februari 2011 ( 12 Rabiul awal 1432)  genaplah 15 tahun umur puteri sulung yang diberi nama Nik Amirah Syafiqah .... Semoga berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun ini, jadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibubapa, murah rezeki dan dikurniakan umur yang panjang  hadiah daripada mama Menu untuk birthday girl  Inilah dia birthday girl.....

Jom Ke Masjid Beijing

Image
Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil China pada zaman Dinasti Ming atau istana lama di China jika pandangan tidak turut mengerling kepada menara tegak berkubah Bangunan berbumbung hijau dan di selari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum bagi mereka yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih sinonim dengan nama Masjid Beijing yang dibina menggabungkan seni bina Cina dan Islam terletak di tepi Lebuh raya Pasir Mas- Rantau Panjang sekitar lebih kurang 2 KM dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Kenapa masjid ini dibina dengan seni bina sedemikian? Pada pandangan saya adalah bahawa Islam itu agama syumul,   justeru ia harus terasa dipunyai oleh seluruh komuniti tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan keturunan. Jom layan gambar-gambar di sekitar masjid .. Masjid ini telah dirasmikan pada Ogos 2009 dan mampu memuatkan seramai 1,000 ...

Happy Birthday to Me....

Image
Pejam celik, pejam celik hari ni dah 25 Jan 2011.... yee.. yea... happy birthday to me... Alhamdulillah masih di beri peluang untuk bernafas dibumi Allah s.w.t Thanks to my beloved hubby atas doa, kasih sayang dan segalanya.. I love U  Hadiah daripada beloved hubby .. emmm wangi Ini pemberian dari anak-anak tersayang ... bukan harga tapi sentimental value... TQ anak-anakku Thank you to yap, nida, mizi, miza, helmi & rosdi yang meraikan saya. Thanks to u all... Gambar semasa lunch tadi...  Kek secret recipe daripada miza .. sedapnye..  Kad daripada Heah ... Thanks to U all Ini pulak jamuan yang dianjurkan ahli sektor RR pada 28/1/11 Bersama Pn. Raudah (Ketua Sektor RR)  Terjemahan Al-Quran dari rakan-rakan RR Thanks a lot to my friends...