Posts

Showing posts from 2012

Tahniah wahai anakanda

Image
Syukur dan tahniah anakanda Nik Syahmi Adli cemerlang dalam UPSR 2012. Doa mama semoga kecemerlangan ini akan diterus di masa-masa akan datang.. I'm proud of  U my son... U're brillion! Perjalanan masih panjang, semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat.

Raya 2012

Image
Hari Raya yang ke 2, Hari ni berhari raya di rumah kakak yang sulung... kat situ berkumpul adik beradik... gambar kenangan bersama kakak-kakak ku...      

Baju raya

Image
Baju raya untuk sikecil Husna    

3D Origami

Image
Akhirnya siap jugak swan origami... Dengan bantuan youtube dan buku Apa itu origami ? Origami , dari ori bermaksud "melipat" dan gami yang bermaksud "kertas" adalah seni tradisional rakyat Jepun melipat kertas, yang bermula pada abad ke 17 masihi dan dipopularkan pada pertengahan 1900an. Sejak itu ia kemudian berkembang menjadi bentuk seni moden. Objektif seni ini adalah untuk menggubah lembaran kertas kecil menjadi sebarang bentuk objek melalui gandaan dan teknik mematung. - sumber daripada google

Mother's Day

Image
Selamat hari ibu buat semua yang bergelar ibu, mama, ummi, mummy, mak, cik dan gelaran yang sewaktu dengannya... Tiada saat yang paling bahagia selain sewaktu pertama kali bergelar ibu dan mempunyai anak-anak yang hormat, sayang dan belas kasihan dengan ibubapa serta taat & patuh kepada agama.. Sempena hari ibu tahun ini dapat juga pemberian dari anak-anak Dari syami - brooch gabungan huruf nama mama :)  Dari Mira - kad ucapan hasil kerja sendiri ;) well done my dear! Bukan nilai pemberian wahai anak-anakku tetapi 'sentimental value' tu buat mama terharu ...

Musibah

Jumaat petang 11 mei 2012, 5.30ptg seperti biasa tiba di rumah... Agak pelik kenapa gate terbuka? Mak cik sebelah tiada di rumah... Berdebar sungguh... Parking kete... Innalillah, gril terkopak.... Rumah di pecah masuk pencuri.... Masyallah apa nak buat? Call hubby dan dia pesan jgn panik, check apa yg hilang dan jgn sentuh... Masyallah.... Brg2 kemas, laptop, ipad, hp, duit cash lesap.... Adoh! Terduduk .... Lemah longlai seluruh anggota... Astaghfirullahal'azim... Musibah ini ujian besar bagiku... Tabahkanlah diri ini ya Allah... Masih ingat pesanan ustazah yus... Allah hanya duga hamba yang mampu untuk menghadapi... Allah mampukah hambamu ini...

Kusyen Sulaman reben

Image
Dan akhirnya... siap la jugak sarung kusyen sulaman reben ku... Berbaloi jugak la beli buku sulaman reben ... next projek lain pulak ;)

Sambung Hobi baru

Image
Dah lama betul terbengkalai hobi ni ... Dah siap! dijahit sarung kusyen ... Dan yang kat bawah ni dalam proses menyulam ... tak tau la bila pulak bole siap ni... kain tebal jari-jemariku sakit semuanye ;( In progress akhirnya ... Next n3 ... sarung kusyen ;)

Umrah 2012 {part 5}

Image
Hari ini adalah hari yang terakhir kami di Mekah... Selepas tawaf wida' pada pukul 4.30pg dengan harapan ini bukanlah kali terakhir di Baitullah, kami terus ke Hotel sembahyang subuh dan terus ke Bas dan bertolak ke Jeddah. Plan asal kami akan di bawah ke Masjid terapung di Jeddah sebelum ke Terminal Haji Jeddah. Tetapi disebabkan seorang jemaah kami telah di didapati hilang,(???) maka jemaah lelaki yang masih muda diminta untuk mencari di sekitar Masjidil Haram... Sehingga jam 8.00pg jemaah berkenaan tidak ditemui dan kami semua sepakat untuk meninggal jemaah tersebut kerana masa untuk kami check in di Jeddah cuma tinggal lebih kurang 4 jam sahaja.... Walau bagaimanapun jemaah tersebut dijumpai sedang tidur di tingkat atas masjidil Haram oleh pekerja hotel dan di bawa ke terminal haji kemudian. emmmm tak dapatlah kami ke masjid terapung ;( Setelah urusan timbang beg2 dan urusan imigresen selesai, seterusnya kami menaiki flight ke Cairo yang mengambil masa lebih ...

Umrah 2012 {part 4}

Image
Jemaah akan berada di Mekah selama 8 hari. Selain daripada yang utama untuk mengerjakan umrah sebanyak yang mampu kami juga di bawa oleh agensi ziarah di sekitar kota mekah. Tempat-tempat yang di bawa berziarah adalah ladang unta, Jabal Thur, Jabal Rahmah dan selebihnya kami bermiqat di hudaibiyyah dan Ja'ranah. Di hadapan hotel yang kami menginap Al-Nibras Al-Rasheedia  Di Jabal Thur  Di Jabal Rahmah Di ladang unta Sayang sekali tak banyak gambar yang dapat dirakamkan di hadapan ka'abah dan di dalam masjidil haram dan di Bukit safa dan marwah tak jadi... mungkin kelam kabut sebab takut dengan polis yang tak bagi ambil gambar tu yang tak jadi tu ;(

Umrah 2012 {part 3}

Image
Seterusnya perjalanan di teruskan ke Jeddah dengan penerbangan dari Dubai ke terminal Haji Jeddah. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dari Jeddah perjalanan di teruskan ke Madinah al- Munawwarah dengan menaiki bas dan perjalanan ini mengambil masa lebih kurang 7 jam. Alhamdulillah perjalanan lancar ... Kami tinggal di Madinah selama 2 hari 2 malam. Program yang telah diatur oleh mutawwif adalah ziarah ke makam rasulullah, perkuburan baqi', raudhah, masjid mendung, masjid quba', bukit Uhud dan kebun kurma. Selebihnya aktiviti bebas jemaah sendiri. Gambar-gambar yang semasa di Madinah. Dihadapan masjid mendung Selepas solat subuh di masjid Nabawi Di masjid Quba' Kebun kurma Perkuburan Uhud Selepas 2 hari di Madinah tibalah hari untuk ke Mekah bagi mengerjakan umrah ... Perjalanan menaiki Bas mengambil masa lebih kurang 7 jam  dan  Miqat di Bir Ali