Sakit Mata
Sudah hampir 2 minggu derita sakit mata. Begitu menginsafkan sekali , Allah baru tarik sedikit sahaja nikmat penglihatan sudah rasa begitu menderita.... Sememangnya hambamu ini tidak tahan menerima ujianMu ya Allah ... Sedikit info berkenaan sakit mata, itu pun setelah berjumpa dengan doktor klinik kerajaan yang berhampiran sempatlah menanyakan tentang punca dan gejala penyakit ini. Apa itu sakit mata? Penyakit mata merah, yang sering juga disebut dengan konjunktivitis (betul la kot ejaan ini sebab dengar je doktor tu sebut), merupakan tanda merah dan radang membran jernih yang menutupi bahagian putih mata dan membran pada bahagian dalam kelopak mata. Pink eye sering kali disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria. Tidak hanya itu, pink eye juga boleh disebabkan oleh alergi, bahan-bahan beracun, serta penyakit tertentu lainnya. Gambar kat bawah tu copy dari makcik google ... Apakah pink eye boleh merebak? Pink eye yang disebabkan oleh virus atau bakteria sangat mudah berj...