Ada orang panggil pengat durian (biasanya org belah pantai timur). Kalau belah utara mungkin panggil serawa durian.. Apa pun rasanya sama manis dan lemak. Senang, mudah dimasak sedap di makan nyum..nyum.. Layan resipinya cara saya masak, mungkin lain dari orang lain buat. Bahan-bahan : gula melaka (agak-agak banyak mana durian nak masak) 1 cawan air (agak-agak juga dengan banyak mana durian sebab kuah dia agak pekat) santan pekat 2 helai daun pandan Beberapa ulas durian (ikut suka nak letak banyak mana) Gula pasir (optional jika perlu, rasa kemanisan pengat dulu) Secubit tsp garam Cara : 1. Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. 2. Masukkan durian dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga mendidih. 3. Masukkan santan dan garam. Kecilkan api dan tunggu hingga mendidih tapi kacau. Jangan sampai pecah minyak 4. Rasa kemanisan pengat, dan tambah gula pasir sekiranya perlu 5. Sedap dimakan dengan roti atau pulut.
Kota Mekah ni adalah tempat beramal ibadat. Kalau boleh nak buat umrah sebanyak yang mampu tapi dapat 7 kali umrah alhamdulillah... Bagi peluang pada jemaah lain pula.. Disamping itu tak lepaskan beluang juga berziarah di Jabal Thur, Jabal Rahmah, Arafah, masjid di tanaem bermiqat ihram umrah.. Tapi tak sah kalau Jemaah tak bershoping di Mekah sebab masa di Mekah agak lama lebih 30 hari. Tengok saje di jalan raya dan di kedai-kedai tuh, penuh sesak dengan jemaah. Barangan kebanyakannya dari China (PRC), India dan kawasan sekitarnya. Sangat murah dan cantik-cantik belaka. Ade la shoping untuk sendiri, anak-anak dan cenderahati untuk kawan-kawan dan sedara mara je. Jom kita layan gambar ni... Satu hari satu dua barang beli maklum la jarak dari masjid ke hotel 1000 meter sepanjang jalan tu deretan kedai .... penuh juga la 3 beg bagasi
Sampai di Mudzlifah.....kena kutip 7 biji anak batu untuk di lontar di Jamrah Kubro untuk membolehkan bertahlul awal. 63 biji lagi untuk melontar 3 Jamrah (Sughra, Wusta dan Aqabah) di hari tasriq (11,12,13 Zulhijah). Setiap jamrah sebanyak 7 biji. Di Muzdalifah Lepas berada satu pertiga malam di Bumi Mudzlifah..... maka jemaah berangkat ke Mina Di Jamrah Aqabah (Big Jamrat) Khemah Di Mina Di hadapan Terowong Muassim Jemaah Sedang berehat di khemah Mina Bermalam 3 malam di Mina. Selepas melontar hari ke 13 Zulhijah kami akan berangkat ke Mekah dan seterusnya tawaf Haji kemudian saei (7kali ulang alik dari Safa ke marwah) dan bertahalul sempurnalah sudah rukun islam yang ke-5, semoga mendapat haji yang MABRUR....
Comments
Post a Comment