Posts

Ikan Pekasam

Image
Isnin lepas kawan ofis bagi ikan pekasam, ikan puyu dan ikan sepat ... tak pernah makan ikan ni tapi dah orang bagi patut cuba ni... Petang tu balik dari ofis terus goreng ikan pekasam dengan bawang dan lada.... bagi yang tengah diet,  AWAS ... BAHAYA ! ... sebab tak ingat dah .... Makan dengan nasi putih geng dengan kari ikan bawal (yang ni lebih semalam, sengaja simpan bekukan dan panas semula ... emmm best) dan ulam raja dari kebun sendiri fresh gitu.... Masakan ringkas dan cepat tapi makan tak ingat dunia ...yum..yum.. yummy

Happy Birthday Mira

Image
Salam Maulidur Rasul .. 15 Februari 2011 ( 12 Rabiul awal 1432)  genaplah 15 tahun umur puteri sulung yang diberi nama Nik Amirah Syafiqah .... Semoga berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun ini, jadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibubapa, murah rezeki dan dikurniakan umur yang panjang  hadiah daripada mama Menu untuk birthday girl  Inilah dia birthday girl.....

Jom Ke Masjid Beijing

Image
Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil China pada zaman Dinasti Ming atau istana lama di China jika pandangan tidak turut mengerling kepada menara tegak berkubah Bangunan berbumbung hijau dan di selari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum bagi mereka yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih sinonim dengan nama Masjid Beijing yang dibina menggabungkan seni bina Cina dan Islam terletak di tepi Lebuh raya Pasir Mas- Rantau Panjang sekitar lebih kurang 2 KM dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Kenapa masjid ini dibina dengan seni bina sedemikian? Pada pandangan saya adalah bahawa Islam itu agama syumul,   justeru ia harus terasa dipunyai oleh seluruh komuniti tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan keturunan. Jom layan gambar-gambar di sekitar masjid .. Masjid ini telah dirasmikan pada Ogos 2009 dan mampu memuatkan seramai 1,000 ...

Happy Birthday to Me....

Image
Pejam celik, pejam celik hari ni dah 25 Jan 2011.... yee.. yea... happy birthday to me... Alhamdulillah masih di beri peluang untuk bernafas dibumi Allah s.w.t Thanks to my beloved hubby atas doa, kasih sayang dan segalanya.. I love U  Hadiah daripada beloved hubby .. emmm wangi Ini pemberian dari anak-anak tersayang ... bukan harga tapi sentimental value... TQ anak-anakku Thank you to yap, nida, mizi, miza, helmi & rosdi yang meraikan saya. Thanks to u all... Gambar semasa lunch tadi...  Kek secret recipe daripada miza .. sedapnye..  Kad daripada Heah ... Thanks to U all Ini pulak jamuan yang dianjurkan ahli sektor RR pada 28/1/11 Bersama Pn. Raudah (Ketua Sektor RR)  Terjemahan Al-Quran dari rakan-rakan RR Thanks a lot to my friends...

Happy Birthday Syahmi

Image
17.01.2000 dia dilahirkan... sudah sebelas tahun berlalu .. hari ini sudah berusia 11 tahun.  Buat my son (Nik Syahmi Adli) semoga panjang umur, rezeki yang banyak, diberi keberkatan dalam hidup, jadi anak soleh dan taat kepada perintah Allah dan ibu bapa... amin. Apa ada di dalam? Birthday Boy

Pindang Tapai

Image
Lama dah tak makan pindang tapai ni... Semalam masa g breakfast ternampak tapai ubi kayu, suruh hubby beli... so bole masak pindang tapai.... emmmm yummy... yummy... Resipi sempoi tapi sedap Bahan-bahan Tapai ubi kayu santan 1/4 cawan air gula 3-4 kuntum bunga cengkih secubit garam daun pandan Cara-cara Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam periuk, masak dengan api perlahan sehingga mendidih, biar kuah agak pekat. siap untuk dihidang sebagai desert atau minum petang

Setelah 15 tahun

Image
Sabtu lepas ziarah abang yang telah lama tak jumpa lebih kurang l5 tahun, Waktu dulu mungkin masing-masing sibuk dengan hal masing2... kerja.. kerja dan bila weekend letih dan lepak saje... Tapi sekarang my brother and my SIL dah pencen so kata dia orang dah masuk RTM... RTM ??? ooo.. Rehat, Tidur dan Makan Gambar-gambar kenangan My Brother  My SIL dan me