Umrah 2012 {part 5}
Hari ini adalah hari yang terakhir kami di Mekah... Selepas tawaf wida' pada pukul 4.30pg dengan harapan ini bukanlah kali terakhir di Baitullah, kami terus ke Hotel sembahyang subuh dan terus ke Bas dan bertolak ke Jeddah. Plan asal kami akan di bawah ke Masjid terapung di Jeddah sebelum ke Terminal Haji Jeddah. Tetapi disebabkan seorang jemaah kami telah di didapati hilang,(???) maka jemaah lelaki yang masih muda diminta untuk mencari di sekitar Masjidil Haram... Sehingga jam 8.00pg jemaah berkenaan tidak ditemui dan kami semua sepakat untuk meninggal jemaah tersebut kerana masa untuk kami check in di Jeddah cuma tinggal lebih kurang 4 jam sahaja.... Walau bagaimanapun jemaah tersebut dijumpai sedang tidur di tingkat atas masjidil Haram oleh pekerja hotel dan di bawa ke terminal haji kemudian. emmmm tak dapatlah kami ke masjid terapung ;( Setelah urusan timbang beg2 dan urusan imigresen selesai, seterusnya kami menaiki flight ke Cairo yang mengambil masa lebih ...