Posts

Showing posts from February, 2011

Happy Birthday Mira

Image
Salam Maulidur Rasul .. 15 Februari 2011 ( 12 Rabiul awal 1432)  genaplah 15 tahun umur puteri sulung yang diberi nama Nik Amirah Syafiqah .... Semoga berjaya dengan cemerlang dalam PMR tahun ini, jadi anak yang solehah serta berbakti kepada ibubapa, murah rezeki dan dikurniakan umur yang panjang  hadiah daripada mama Menu untuk birthday girl  Inilah dia birthday girl.....

Jom Ke Masjid Beijing

Image
Dari jauh ia kelihatan bagaikan sebuah bangunan kuil China pada zaman Dinasti Ming atau istana lama di China jika pandangan tidak turut mengerling kepada menara tegak berkubah Bangunan berbumbung hijau dan di selari dengan warna merah itu mencuri perhatian umum bagi mereka yang menghala ke pekan Rantau Panjang atau yang baru memasuki negara ini melalui pintu sempadan. Masjid Jubli Perak Sultan Ismail Petra atau lebih sinonim dengan nama Masjid Beijing yang dibina menggabungkan seni bina Cina dan Islam terletak di tepi Lebuh raya Pasir Mas- Rantau Panjang sekitar lebih kurang 2 KM dari Pekan Rantau Panjang dengan keluasan 3.7 ekar. Kenapa masjid ini dibina dengan seni bina sedemikian? Pada pandangan saya adalah bahawa Islam itu agama syumul,   justeru ia harus terasa dipunyai oleh seluruh komuniti tanpa mengira perbezaan bahasa, budaya dan keturunan. Jom layan gambar-gambar di sekitar masjid .. Masjid ini telah dirasmikan pada Ogos 2009 dan mampu memuatkan seramai 1,000 ...